Monday, March 29, 2010

anDa Kerap SakiT PeRUT tanPa seBab? aha..!!

Okey..kali ni aku mau sentuh sikit pasal gejala sakit perut, oleh kerana aku pun termasuk dalam kategori perut selalu sakit, dan bulan lepas aku alami sakit yang teramat sakit, di bahagian perut juga, sering rasa x selesa. Aku pergi la Scan StOmach nie, tapi alhamdulillah, doktor yang periksa aku cakap segalanya baik.aha! aku xkisah mana pun not Rm 80 ringgit aku melayang, asalkan jelas aku tau apa yang aku alami. tapi aku still confius sebab doktor cakap xda ape-ape tapi perut aku sakit tahap cipan dah!! at least aku pergi buat pemeriksaan kan. so aku balik uma, muhasabah diri and study la sikit pasal simptom ni,..untuk pencegahan awal....sebenarnya AWAS ye adik kakak abang pakcik makcik tuan puan, ni mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang berbahaya kepada kita semua. Sesuai bait Sabda Rasulullah " Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan ( Riwayat ad-Dailani)....


Enam faktor masalah sakit perut. aha!

  • cara makan yang tak sistematik

  • terlalu berlebihan semasa makan

  • tidak berwaspada dengan makanan/minuman yang dihinggapi serangga terutama lalat
    Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

  • tidak cermat semasa meneliti kandungan makanan

  • kurang kesegaran dalam menjaga kebersihan diri                                                                                 Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

  • kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor
Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, Insyaallah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk krOnik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Rasulullah iaitu berpuasa merupakan semolek-molek pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya " Berpuasalah kamu, neascaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)










1 comment:

iz_rah001 said...

nk tny.. scan kat hospital mane ye?? scan or xray.. yg mane lg better???

Post a Comment