Bahan-bahannya: B uku Sebuah ketekunan + usaha gigih. 4 mangkuk kerajinan ( bermangkuk2 pun xpe,). segenggam azam. secebis harapan. 1/4 cawan introspeksi cinta Ilahi. sepotong kesedaran dalaman. 3 sudu teh kasih sayang. Sekuntum bunga hiasan berbentuk "A". Cara membuatnya: Ambil beberapa buah buku dan gaulkan bersama azam. Biarkan seketika sehingga keduanya sebati. Ketekunan diadun bersama usaha gigih supaya aroma kesedaran dalaman berbangkit. Usaha, Doa, Tawakkal di gaulkan bersama di dalam mangkuk ketaqwaan. Kemudian masukkan 1/4 cawan introspeksi cinta Ilahi. Perapkan seketika kesedaran dalaman dan harapan. Tumiskan secangkih kasih sayang sebagai penambah rasa. sekiranya terasa kurang perisa kerajinan, boleh lah ditambah2(makin banyak makin sedap rasanya) Akhir sekali, jangan lupa letakkan hirisan motivasi, ketabahan, nasihat, doa diatas lingkungan pinggan keredhaan Allah Taburkan dengan keimanan supaya hidangan tidak menjadi atheis. Cara menjamahnya: Apabila sudah masa