Posts

Showing posts from December, 2009

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah

1. Menurut Al-Quran Di antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu: * Pahala mereka tidak terhalang. Firman Allah s.w.t. ertinya: “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 113-115)

hijrah menuju redha Ilahi.

Alhamdulillah syukur pada Allah jika hari ini umat islam beruntung kerana senang sekali mendapat nikmat islam dan iman berbanding zaman Rasulullah yang terpaksa tempuhi pelbagai rintangan demi menyebarkan ajaran agama Allah.

kualiti atau kuantiti?

kif alyaum? semalam saya habiskan seluruh waktu bsama famili. plan awal balik kg, nak g ziarah jiran, bukan orang lain jgk..ada pertalian keluarga antara kami. lepas solat zuhur, terus bertolak. melewati pusingan bulatan, kereta ayah melencong ke arah lain, menuju tanah merah. jalan2 kat sana.adik2 saya xpernah nak diam dalam keta. seronok lagak mereka. kami singgah makan roti arab-dah lama x makan roti arab-. then beli sikit barang. saya pun tak terkecuali dapat kasut baru.balik dari sana, terus p kampung. sepanjang keluar bersama keluarga adalah detik2 yang paling manis bergula. Adakah kuantiti masa yang di habiskan sudah cukup mengeratkan hubungan kekeluargaan? Hubungan anak dengan ayah , dengan ibu, dengan adik2 lain?