Posts

Showing posts from 2009

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah

1. Menurut Al-Quran Di antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu: * Pahala mereka tidak terhalang. Firman Allah s.w.t. ertinya: “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 113-115)

hijrah menuju redha Ilahi.

Alhamdulillah syukur pada Allah jika hari ini umat islam beruntung kerana senang sekali mendapat nikmat islam dan iman berbanding zaman Rasulullah yang terpaksa tempuhi pelbagai rintangan demi menyebarkan ajaran agama Allah.

kualiti atau kuantiti?

kif alyaum? semalam saya habiskan seluruh waktu bsama famili. plan awal balik kg, nak g ziarah jiran, bukan orang lain jgk..ada pertalian keluarga antara kami. lepas solat zuhur, terus bertolak. melewati pusingan bulatan, kereta ayah melencong ke arah lain, menuju tanah merah. jalan2 kat sana.adik2 saya xpernah nak diam dalam keta. seronok lagak mereka. kami singgah makan roti arab-dah lama x makan roti arab-. then beli sikit barang. saya pun tak terkecuali dapat kasut baru.balik dari sana, terus p kampung. sepanjang keluar bersama keluarga adalah detik2 yang paling manis bergula. Adakah kuantiti masa yang di habiskan sudah cukup mengeratkan hubungan kekeluargaan? Hubungan anak dengan ayah , dengan ibu, dengan adik2 lain?

KITA DIMANA?

Salam perjuangan buat Ummah sekalian, sepoi-sepoi angin petang berbahasa lembut menyapa mukaku tatkala hijab tirai berwarna biru di selak ke tepi . Tangan aku mencapai komputer riba dan beberapa bahan rujukan disampingnya. uwhh..hari ini baru dapat aku tintakan sedikit di ruangan maya kala memandangkan hari-hari aku hari yang begitu sibuk. Next week, exam. tinggal beberapa hari saja lagi.

SUJUD CINTA SEORANG HAMBA

Di atas hamparan sejadah suci Hamba menadah kedua telapak tangan ini Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu Hati hamba merasa hambar dan sunyi Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati Jiwa hamba kosong dan takkan berisi Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni Sujud dahi hamba mencecah ke bumi Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari Ya Rabbul Izzati… Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini?? Semoga keampunan me

RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya: B uku Sebuah ketekunan + usaha gigih. 4 mangkuk kerajinan ( bermangkuk2 pun xpe,). segenggam azam. secebis harapan. 1/4 cawan introspeksi cinta Ilahi. sepotong kesedaran dalaman. 3 sudu teh kasih sayang. Sekuntum bunga hiasan berbentuk "A". Cara membuatnya: Ambil beberapa buah buku dan gaulkan bersama azam. Biarkan seketika sehingga keduanya sebati. Ketekunan diadun bersama usaha gigih supaya aroma kesedaran dalaman berbangkit. Usaha, Doa, Tawakkal di gaulkan bersama di dalam mangkuk ketaqwaan. Kemudian masukkan 1/4 cawan introspeksi cinta Ilahi. Perapkan seketika kesedaran dalaman dan harapan. Tumiskan secangkih kasih sayang sebagai penambah rasa. sekiranya terasa kurang perisa kerajinan, boleh lah ditambah2(makin banyak makin sedap rasanya) Akhir sekali, jangan lupa letakkan hirisan motivasi, ketabahan, nasihat, doa diatas lingkungan pinggan keredhaan Allah Taburkan dengan keimanan supaya hidangan tidak menjadi atheis. Cara menjamahnya: Apabila sudah masa

APA KHABAR UNITED TAQWA?

Image
Sedar tak sedar...kurang dari seminggu lagi ramadhan sudah mahu melabuhkan tirainya..lambaian syawal menanti meraikan kemenangan umat manusia yang berpegang teguh pada kalimah "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah" serta iktikad pada tuhan dan sifat-sifatnya serta kekuasaan Allah malah penerimaan ajaran dan perintah-NYA. Lailatul Qadar adalah malam yang pasti akan terjadi.Segalanya telah termaktub dalam Al-Quran yang menerangkan tentang malam kemuliaan itu. Jika penantiannya itu hanya sekadar sudah dibuat janji, atau sudah dimaklumi tarikh-tarikh tertentu, maka ramailah manusia akan menumpukan peribadatan hanya pada malam itu sahaja,untunglah pada mereka yang pasif bersujud dan ruku' atau tidak kasar saya katakan yang malas sembahyang sebelumnya memperolehi pahala berganda2 secara gandaan riak dan hipokrasi.Allah tidak menghendaki seperti itu.Sesungguhnya, ia tidaklah malam perkiraan mahupun penantian, tetapi malam pencarian dan malam introspeksi cint

Marhaban ya Ramadhan

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam yang berpuasa...sehari sebelumnya puasa...telefon saya kejap2 tut..tut..kejap2 tut..tut..ada message nak menghuni dalam inbox - mesej ucapan Ramadhan dan ingatan tentang manfaat bulan kemuliaan ini dan penghayatannya dari sahabat-sahabat yang dikasihi. Terima Kasih Ya Allah kerana menemukanku dengan teman2 yang selalu mengajak diri hina ini kepada-Mu Ya Rabb. "Ya ALLAH...Thabit Qulubi ala dinika" Moga hati ni sentiasa disuluh cahaya Kasih-MU. Cuti semester baru-baru ni saya tak balik negeri kelahiran saya kerana ada tugasan ckit yang kena selesaikan...Alhamdulillah..saya sempat siapkan tugasan dengan sebaik boleh walaupun dalam keadaan kesihatan teruji...Esok ye hari isnin 24 Aug, saya start kuliah dah... Sedang saya dengar lagu 'Thank you Allah' by Raihan dan 'Allah knows' by Zain Bhikha...rasa ada air jernih yang nak mengalir..lag

Sekitar Debat Kemerdekaan...

Image
Seawal pukul 7 pagi saya sudah bertolak bersama teman lain menggunakan bas Universiti untuk menyaksikan pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen Antara Universiti Malaysia 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 18 ogos lalu. lambat publish..hihihi. sampai sana, dah ramai orang rupanya...nak cari seat kosong pun susah, dalam sibuk mencari tu terjumpa la seat kat bahagian belakang...terus je saya parkingkan diri kat situ walaupun tak redha sebab kalo boleh nak duduk kedepan sikit. Biasala situasi bila kena tunggu orang atasan sampai...lain pulak jadi kalo kita ni lambat...sambil2 tu mata saya meraba dan menjamah pemandangan ditiap sudut dalam Auditorium. Mata saya membuntang je bila tengok Spot light yang bermacam bergantungan di tengah pentas. Lbh kurang dalam kul 10,diumumkan ketibaan dif jemputan kehormat...majlis diteruskan dengan bacaan doa, Ucapan dari Timbalan Naib Cancelor Hepa Y.Bhg Prof Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan