Marhaban ya Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam yang berpuasa...sehari sebelumnya puasa...telefon saya kejap2 tut..tut..kejap2 tut..tut..ada message nak menghuni dalam inbox - mesej ucapan Ramadhan dan ingatan tentang manfaat bulan kemuliaan ini dan penghayatannya dari sahabat-sahabat yang dikasihi. Terima Kasih Ya Allah kerana menemukanku dengan teman2 yang selalu mengajak diri hina ini kepada-Mu Ya Rabb.

"Ya ALLAH...Thabit Qulubi ala dinika"

Moga hati ni sentiasa disuluh cahaya Kasih-MU.

Cuti semester baru-baru ni saya tak balik negeri kelahiran saya kerana ada tugasan ckit yang kena selesaikan...Alhamdulillah..saya sempat siapkan tugasan dengan sebaik boleh walaupun dalam keadaan kesihatan teruji...Esok ye hari isnin 24 Aug, saya start kuliah dah...

Sedang saya dengar lagu 'Thank you Allah' by Raihan dan 'Allah knows' by Zain Bhikha...rasa ada air jernih yang nak mengalir..lagu tu bukan lagu sedih..sebaliknya bait-bait lagu itu semacam menyucuk,menikam, menggali sanubari saya setelah saya dapat merasai nikmat sihat lagi dan segala macam perasaan yang saya rasakan sebelum itu. Sakit saya sakit biasa je..tidak serius...tapi memberikan impak pada saya lebih2 lagi bila saya berseorangan masa sakit tempoh ari( Cuti sem kebanyakkan teman2 saya balik).Alhamdulillah saya diberi kesembuhan oleh Allah S.W.T. Allah yang menurunkan penyakit, Allah lah memberi penyembuhan pada maklukNYA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Comments

Popular posts from this blog

~aku rebah bangun sendiri~

semalam punya rasa

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah