Sekitar Debat Kemerdekaan...

Seawal pukul 7 pagi saya sudah bertolak bersama teman lain menggunakan bas Universiti untuk menyaksikan pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen Antara Universiti Malaysia 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 18 ogos lalu. lambat publish..hihihi.

sampai sana, dah ramai orang rupanya...nak cari seat kosong pun susah, dalam sibuk mencari tu terjumpa la seat kat bahagian belakang...terus je saya parkingkan diri kat situ walaupun tak redha sebab kalo boleh nak duduk kedepan sikit.

Biasala situasi bila kena tunggu orang atasan sampai...lain pulak jadi kalo kita ni lambat...sambil2 tu mata saya meraba dan menjamah pemandangan ditiap sudut dalam Auditorium. Mata saya membuntang je bila tengok Spot light yang bermacam bergantungan di tengah pentas.

Lbh kurang dalam kul 10,diumumkan ketibaan dif jemputan kehormat...majlis diteruskan dengan bacaan doa, Ucapan dari Timbalan Naib Cancelor Hepa Y.Bhg Prof Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Yang Berhormat Datuk Joseph Salang Gandum yang mewakili Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Peserta debat mmg mantap2 semuanya...saya teruja cara mereka membahaskan isu dan kecekapan mereka menganalisa data dalam masa beberapa mins.

University Teknologi Petronas(UTP)akhirnya dinobatkan sebagai Johan Debat..Mabruk buat Junnian Aruin dan rakan semua.

Manakala Myer Iyemman Yusof di umumkan sebagai Pendebat Terbaik dan memperolehi Wang Tunai RM500.Congrats!!

Penonton dihiburkan dengan persembahan Fansuri Usim dan Nyanyian dari Roy yang mempersembahkan lagu 'semangat anak bangsa' dan 'satu malaysia'.

Lepas Majlis bersurai saya tak cepat2 keluar kerana saya ada mission...saya nak buat liputan berita.Time turun ke pentas(perasaan tu tak usah cakap...berdebar..)dengan matlamat mahu jumpa dengan peserta debat tadi untuk interview mereka. saya gagahi juga kaki ni walaupun terpaksa bersaing dengan pihak Media yang jauh lebih matang dalam bidang kewartawanan.Saya lagi2 la rasa nervous coz actually that was my first experience..tugas saya kena tanya soalan, kawan saya Nurul?Dia bertindak sebagai budak kamera..Yeala sebab teman saya tu suka klik sana, klik sini.Sebagai pelajar Bahasa ARAB + Kewartawanan saya kena berani sahut cabaran. Alhamdulilah...segalanya berjalan lancar dengan kehendakNYA.Usai semua baru la saya pergi isi perut. -Tirai Berlabuh-



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Comments

Popular posts from this blog

~aku rebah bangun sendiri~

semalam punya rasa

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah