Posts

Showing posts from August, 2009

Marhaban ya Ramadhan

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam yang berpuasa...sehari sebelumnya puasa...telefon saya kejap2 tut..tut..kejap2 tut..tut..ada message nak menghuni dalam inbox - mesej ucapan Ramadhan dan ingatan tentang manfaat bulan kemuliaan ini dan penghayatannya dari sahabat-sahabat yang dikasihi. Terima Kasih Ya Allah kerana menemukanku dengan teman2 yang selalu mengajak diri hina ini kepada-Mu Ya Rabb. "Ya ALLAH...Thabit Qulubi ala dinika" Moga hati ni sentiasa disuluh cahaya Kasih-MU. Cuti semester baru-baru ni saya tak balik negeri kelahiran saya kerana ada tugasan ckit yang kena selesaikan...Alhamdulillah..saya sempat siapkan tugasan dengan sebaik boleh walaupun dalam keadaan kesihatan teruji...Esok ye hari isnin 24 Aug, saya start kuliah dah... Sedang saya dengar lagu 'Thank you Allah' by Raihan dan 'Allah knows' by Zain Bhikha...rasa ada air jernih yang nak mengalir..lag

Sekitar Debat Kemerdekaan...

Image
Seawal pukul 7 pagi saya sudah bertolak bersama teman lain menggunakan bas Universiti untuk menyaksikan pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen Antara Universiti Malaysia 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 18 ogos lalu. lambat publish..hihihi. sampai sana, dah ramai orang rupanya...nak cari seat kosong pun susah, dalam sibuk mencari tu terjumpa la seat kat bahagian belakang...terus je saya parkingkan diri kat situ walaupun tak redha sebab kalo boleh nak duduk kedepan sikit. Biasala situasi bila kena tunggu orang atasan sampai...lain pulak jadi kalo kita ni lambat...sambil2 tu mata saya meraba dan menjamah pemandangan ditiap sudut dalam Auditorium. Mata saya membuntang je bila tengok Spot light yang bermacam bergantungan di tengah pentas. Lbh kurang dalam kul 10,diumumkan ketibaan dif jemputan kehormat...majlis diteruskan dengan bacaan doa, Ucapan dari Timbalan Naib Cancelor Hepa Y.Bhg Prof Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan