Posts

Showing posts from September, 2009

APA KHABAR UNITED TAQWA?

Image
Sedar tak sedar...kurang dari seminggu lagi ramadhan sudah mahu melabuhkan tirainya..lambaian syawal menanti meraikan kemenangan umat manusia yang berpegang teguh pada kalimah "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah" serta iktikad pada tuhan dan sifat-sifatnya serta kekuasaan Allah malah penerimaan ajaran dan perintah-NYA. Lailatul Qadar adalah malam yang pasti akan terjadi.Segalanya telah termaktub dalam Al-Quran yang menerangkan tentang malam kemuliaan itu. Jika penantiannya itu hanya sekadar sudah dibuat janji, atau sudah dimaklumi tarikh-tarikh tertentu, maka ramailah manusia akan menumpukan peribadatan hanya pada malam itu sahaja,untunglah pada mereka yang pasif bersujud dan ruku' atau tidak kasar saya katakan yang malas sembahyang sebelumnya memperolehi pahala berganda2 secara gandaan riak dan hipokrasi.Allah tidak menghendaki seperti itu.Sesungguhnya, ia tidaklah malam perkiraan mahupun penantian, tetapi malam pencarian dan malam introspeksi cint