APA KHABAR UNITED TAQWA?

Sedar tak sedar...kurang dari seminggu lagi ramadhan sudah mahu melabuhkan tirainya..lambaian syawal menanti meraikan kemenangan umat manusia yang berpegang teguh pada kalimah "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah" serta iktikad pada tuhan dan sifat-sifatnya serta kekuasaan Allah malah penerimaan ajaran dan perintah-NYA.

Lailatul Qadar adalah malam yang pasti akan terjadi.Segalanya telah termaktub dalam Al-Quran yang menerangkan tentang malam kemuliaan itu. Jika penantiannya itu hanya sekadar sudah dibuat janji, atau sudah dimaklumi tarikh-tarikh tertentu, maka ramailah manusia akan menumpukan peribadatan hanya pada malam itu sahaja,untunglah pada mereka yang pasif bersujud dan ruku' atau tidak kasar saya katakan yang malas sembahyang sebelumnya memperolehi pahala berganda2 secara gandaan riak dan hipokrasi.Allah tidak menghendaki seperti itu.Sesungguhnya, ia tidaklah malam perkiraan mahupun penantian, tetapi malam pencarian dan malam introspeksi cinta kita pada Rabb Ar-Rahman.

Oleh kerana memanusiakan seseorang itu bukanlah sesuatu yang mudah, maka Kasih sayang Tuhan pada Hambanya tidak pernah terhenti hatta detik pun, diaturkan satu malam yang indah untuk umat manusia berhias dalam bingkisan sujud cinta ilahi. Antara kelebihan lailatul qadar diseumpamakan ibadatnya lebih dari seribu bulan.

-Kekhilafan Hadith-

Saya ada terbaca semalam mengenai satu artikel dalam internet yang menentang hadith-hadith Nabi S.A.W. termasuk hadith berkaitan Lailatul Qadar,Pengarang itu yang boleh saya sifatkan sebagai anti-hadis mengatakan bahawa lailatul qadar adalah penantian sia-sia dan merugikan.Jelasnya lagi hadis tersebut adalah bercanggah, aneh dan tidak boleh dipercayai.

Tidak rapuh hati menerima bulat-bulat artikel itu sebelum meneliti dahulu. Atas kesedaran dan mengungkap kekeliruan hadith itu dan kebetulan blog ustaz hasrizal ada juga mengulas tentang itu,saya paparkan penjelasan yang singkat dari blog beliau.

"Walhal hadith-hadith itu adalah himpunan dialog dan penjelasan Nabi SAW tentang Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya 9 kali ketibaan Ramadhan di sepanjang hayat Kerasulan Baginda SAW. Setiap hadith itu diungkapkan pada tahun-tahun yang berbeza, bukannya saling bertentangan seperti yang terfahamkan oleh golongan anti hadith ini"

sumber: Dipetik dari blog saifulislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pada pandangan saya, itu adalah satu penafian yang tidak berasas.Siapa-siapa yang menolak hadis Nabi dengan sewenangnya boleh dikategorikan sebagai sesat dan membawa kepada kerosakan dalam aliran pemikiran masyarakat lebih lagi kepada mereka yang agak jahil agama.Lagipula hadis yang dipaparkan adalah himpunan dari hadis-hadis soheh Bukhari dan Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

~aku rebah bangun sendiri~

semalam punya rasa

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah