Tuesday, April 27, 2010

fuzzy..., lazy...., crazy.....?

Lagi tinggal 3 paper...tadi baru lepas paper keusahawanan...lusa balaghah, tulak news n feature writing...gap seminggu, then subj research method...n blh balik kg....dh lama xbalik, rindu tahap cipan kat famili aku.

mula2 awal sem la kan agak "fuzzy" nak masuk kelas...terselit juga semangat yang membara...cuti sem yang lama begitu terkesan...!kira budak yang bagus jugak lah sbb ada attitude macm tu...tapi...lorr,alamak ingat panas memanjang lepas musim tengkujuh...tapi rupanya lain dari yang selalu disangkakan...hujan tetap akan menyiram bumi...dugaan..sebab kat tengah2 pengajian tu....setengah dari kita dah mula jadi hantu..."lazy" bermaharajalela...kelas  tak datang, ponteng memonteng sepeti makan angin...very sweet memory...assgmnt nak2 copy paste je or amik jalan shorcut jadi plagiarizer yang profesional termasuk lah TERsubmit kerja lambat...dah lewat deadline, mula lah nak buat muka posen kat lecturer.ada x yang cm ni? of course ader...

Sekarang bulan exam....ok...hanya hadir sebagai calon sahaja untuk hari2 yang terpilih subjek peperiksaan...pergi periksa...biasalah kalo stress sikit tu, or "chaos" yang tentu pasal...ada simpton yang cm ni...

Bagaimana selepas ini...natijah peperiksaan? selepas melalui beberapa peringkat...,fuzzy, lazy , memulas, terpulas dipulas otak menjawab exam...?ermm...cnfirm "crazy" kejap...xtahu la crazy kerana pointer naik cemerlang atau sebaliknya...jangan baru nak terhantuk, bengkak dahi, baru sedar...ujian tu biasa datang, ujian untuk diri kita , tapi jangan terlalu ikut kata "keinginan" yang tidak prnah mengenal erti "keutamaan".

p/s : so, aku juga memesan pada diri aku kala aku terASYIK sangat dengan dunia sendiri yang ntah ape2, ayuh tentukan sikap kita dari skang!Muhasabah diri...

Saturday, April 17, 2010

~aku rebah bangun sendiri~

Title diatas tu erm..macam kata-kata motivasi lak tapi dalam entry kali ni, aku nak bercerita sikit, haha..cerita lucu kot, pelakon of course lah aku, pengarah...tiada arahan apa2 masa tu...krew pun secara implisit terlibat....prop..batu bata simen...al kisah...if i'm not mistaken...memang x salah dah...hari tu 7 hb 2010...waktu menghampiri jam 12 tengahari...imbas kembali...10mins nak masuk kul 12pm..lpas siap burn cd assgmnt stand upper,aku terus pecut motor ke kampus...motor di parkir di pusat kemudahan pelajar, berjalan macam kena kejar ngan vampires je...time aku berjalan2 tu...tiba2 la aku rasa badan aku cm superman...melayang ke hadapan...gaya cm nak tangkap kodok pun ada..xkisah la...yang penting masa tu haha...aku langsung xpandang kiri kanan depan belakang ats bawah..dah sebal sangat muka aku, mintak2 la xder sape tengok(kalo xdala kan...) goresan luka kecil yang x seberapa di lutut dan tapak tangan...geselan kecil je yang menyebabkan seluar aku koyak...beberapa saat bersipuh sopan aku kat lantai( merenung seketika sambil berkata : betul ke aku ni?harap2 tidak....tapi tdk mungkin kerana mmg akulah yang jatuh tersungkur...). Ada sorang budak ppn nampak aku then cepat2 meluru dtg. Aku kenal, junior aku...aku agak dari reaksi mukanya cm nak tergelak tapi cover la ngan wat muka simpati...ala rileks ar..sape yang x gelak, aku sendiri pun senyum sorang2, yela xder angin ribut blh la plak jatuh dakap tanah...aku gagahi juga bangun sbb aku masih belum antar lagi assigmnt tuh sedangkan minitnya kul 12 sdah lpas,alamak! seluar lak koyak, blh menjejaskan aurat aku wei...dan aku xnak ar orang tgk aku cm minah rocker seluar koyak kat lutut, aduh...! tapi lega bila aku nampak seseorang yang aku kenali,budak se-kuliah aku dari program berlainan...so, aku wat muka 3 keping 5 sen, 15 sen lah....mintak si lisa tolong submitkan assgmnt aku kat lecturer. Oh legasss!! ari tu ada je keMALANGan dan mesti muncul KeBETULan2 yang melengkapkan cerita ceriti aku sebagai hambaNYA.

p/s : Jangan buat last minute keja...jgn tanggh2...siap! atar la awal kalo boleh...kalo x tengok cm aku...( ni pun aku tulis untuk diri aku sendiri...hehehe...)

Friday, April 9, 2010

오늘은 어떠세요? ~apa khabar hari ini ~

Salam...hari ini dengan sedikit rasa lega, pun cuaca di luar menampakkan jalur2 suram walaupun jam di notebook aku menunjukkan pukul 9:10 min...bermalas2 nak capai notebook kesayangan aku ni - bercadang menambah entry baru, kawan2 aku pun ramai yang dh balik, almaklum cuti study week skang, aku x balik, menyandang sepi disini,he..sakit rindu khas pada famili nun jauh di sana, dalam gap nanti lah aku balik - aku mesti balik! aha! 

Aku tidak merancang kemana-mana , just sitting here, in front of my laptop - pemberiaan dari abahku yang tersayang!  My Inspiration..selalu berangkai...dari penulisan yang begini, adanya faciliti laptop, punca kasih seorang abah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan aku! thanks abah! pengorbanan tanpa mengira untung kasar bersih.

Imbas kembali sepanjang semester ini, i have done a lot of mistakes! terkadang menyesal juga, but the past is the past lah , banyak salah jugak, yang dikejar x berape nak dapat, yang terkendong pun dah hampir cicir malarat kemana, nak undur imposible, apa yang mampu buat, improve diri, pengajaran buat aku yang hampir melupa diri, banyak goyang dari tegak teguh berdiri seperti tiang-tiang yang disaluti solat 5 waktu sehari semalam..yosss..aku kena ubah!! Ohhh...aku masih lena...padahal perjalanan aku masih jauh...musafir banyak persinggahan....tapi aku menyinggah lama-lama, leka, lalai, banyak wacana x penting dari gerak jelajah  seluruh pemikiran alam, this baru peringkat awal...kenapa perlu kecundang awal...,misi? imposible?nothing imposible jika aku sasarkan pada matlamat yang jelas...okeh...nak create?..not create k? but kemaskini dan laksanakan struktur rangka binaan yang dah sedia ada ni demi masa depan terjamin, aku memujuk diri,....kalo asyik je create, tapi projek x laksana dengan lancar, hampeh juga, so...start now...seiring sejalan menjayakan agenda. aku lebih sasarkan diri aku yang x sedar diri ini - tq2 untuk my kawan2 yang banyak marah, benci, sakit pada diri aku, kerana asuhan itu buat aku berfikir!! ~aku~