KITA DIMANA?

Salam perjuangan buat Ummah sekalian, sepoi-sepoi angin petang berbahasa lembut menyapa mukaku tatkala hijab tirai berwarna biru di selak ke tepi . Tangan aku mencapai komputer riba dan beberapa bahan rujukan disampingnya. uwhh..hari ini baru dapat aku tintakan sedikit di ruangan maya kala memandangkan hari-hari aku hari yang begitu sibuk. Next week, exam. tinggal beberapa hari saja lagi.
kita dimana? itulah persolan yang menerjah di sanubari? sejak kebelakangan ini banyak unsur kejahilan manusia berlaku di situ sana sini. Tidak habis di negara timur tengah. Malaysia juga dilanda ribut kencang dek kejahilan manusia bumi. Keadaan ummah hari ini adalah sebagaimana seperti sedia kala tetap didalam kontangan dan kehinaan. Menyerahkan apa saja yang telah berlaku telah menjadi sebatian daging dalam kehidupan kita terutama di kalangan kepimpinan negara serata yang sanggup menjadi musuh dalam selimut kepada agama sendiri. itulah juga yang berlaku pada kerajaan - kerajaan Arab kini. Masihkah lagi kita di dalam kealpaan meskipun sudah jelas perancangan yang dipimpin oleh kuasa Amerika untuk merubah peta sejarah islam dengan memberi kemodenan arus liberal bermula dengan menamakannya sebagai timur tengah baru! Ya ALLAH...

Perang Lubnan dan Palestina yang menyaksikan ribuan jiwa terkorban dalam cengkaman keganasan Amerika meletakkan dimanakah maruah agama kita yang menjadi pegangan selama ini..tapi hati ini betapa sangat sedih melihat bumi islam sendiri dijajah oleh bangsa asing seperti umat Muhammad S.A.W bukan berada dibumi mereka. Era penjajahan bentukan baru. Penjajahan menerusi minda. Itulah propaganda barat. Sasarannya anak-anak bangsa yang pastinya menganut agama Allah yang suci.


Masalah di Malaysiaku juga sama, sekarang bentukan acuan arus modenisasi telah menghakis sedikit demi sedikit akhlak islamiyah di dalam diri anak muda kini. Saban hari, tidak dapat tidak mesti terpapar berita-berita mengenai gejala runtuhan moral remaja bawah umur yang merupakan aset terpenting negara pada masa akan datang. Hendonisme yang menular menjadi gaya hidup warga sekarang. Siapa yang menjadi penyokong kepada sikap ini? Umat Islam juga. xkira lah dari bangsa mana pun, yang jelas asal usulnya islam. Amalan minum arak, seks bebas, menari bogel di kelab malam, melacurkan diri , buang bayi, dan lain-lain masalah sosial sepertinya menjadi satu amalan harmoni dikalangan masyarakat islam hari ini yang sepastinya perbuatan itu di Murka Allah Yang Maha Kuasa. kes2 kronik baru2 ni menjadikan aku sedikit risau tatkala memikirkan keadaan generasi ku nanti, apakah wajah dunia akhir zaman ni semakin kejam? nauzubillahi min zalik....
YA ALLAH...HIDUPKANLAH HATIKU DENGAN IMAN....DAN MATIKANLAH HATIKU JUGA DENGAN IMAN..!!

Comments

Popular posts from this blog

~aku rebah bangun sendiri~

semalam punya rasa

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah