RESEPI BELAJAR



Bahan-bahannya:

  1. Buku
  2. Sebuah ketekunan + usaha gigih.
  3. 4 mangkuk kerajinan ( bermangkuk2 pun xpe,).
  4. segenggam azam.
  5. secebis harapan.
  6. 1/4 cawan introspeksi cinta Ilahi.
  7. sepotong kesedaran dalaman.
  8. 3 sudu teh kasih sayang.
  9. Sekuntum bunga hiasan berbentuk "A".

Cara membuatnya:

  1. Ambil beberapa buah buku dan gaulkan bersama azam.
  2. Biarkan seketika sehingga keduanya sebati.
  3. Ketekunan diadun bersama usaha gigih supaya aroma kesedaran dalaman berbangkit.
  4. Usaha, Doa, Tawakkal di gaulkan bersama di dalam mangkuk ketaqwaan.
  5. Kemudian masukkan 1/4 cawan introspeksi cinta Ilahi.
  6. Perapkan seketika kesedaran dalaman dan harapan.
  7. Tumiskan secangkih kasih sayang sebagai penambah rasa.
  8. sekiranya terasa kurang perisa kerajinan, boleh lah ditambah2(makin banyak makin sedap rasanya)
  9. Akhir sekali, jangan lupa letakkan hirisan motivasi, ketabahan, nasihat, doa diatas lingkungan pinggan keredhaan Allah
  10. Taburkan dengan keimanan supaya hidangan tidak menjadi atheis.


Cara menjamahnya:


  1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,gigihkan lagi usaha, jangan masukkan walau secebis bahan-bahan putus asa.
  2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
  3. jangan lupa senyum selalu sebagai desert hati.





Selamat menjamu selera :)



Comments

Popular posts from this blog

~aku rebah bangun sendiri~

semalam punya rasa

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah