Sunday, December 20, 2009

hijrah menuju redha Ilahi.

Alhamdulillah syukur pada Allah jika hari ini umat islam beruntung kerana senang sekali mendapat nikmat islam dan iman berbanding zaman Rasulullah yang terpaksa tempuhi pelbagai rintangan demi menyebarkan ajaran agama Allah.
Mereka dicaci, diseksa, dibunuh dan dikhianati. Apabila kita berbicara tentang perjalanan kehidupan nabi, kita juga sebenarnya berbicara mengenai sejarah menerusi kalam Allah kepada makluknya yang tidak nampak oleh mata kasar tapi perlu difahami dengan pandangan mata hati itu sendiri. makna kata lain disebalik peristiwa itu ada terselit hikmah yang harus diterokai sebagai pedomen untuk generasi seterusnya. Tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia2. Hijrah bukan hanya bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain tapi ia juga merangkumi satu perubahan dari perkara yang tidak baik kepada tuju kebaikan. Sesungguhnya hikmah hijrah mengandungi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya adakah sambuatan maal hijrah setiap tahun itu hanya sekaadar sambutan? apakah benar2 kita menghayati sambutan maal hijrah? hijrah menuntut dari seluruh juru aspek kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah kita sama2 mnjadi orang yang amat beruntungan.

1 comment:

raudatuljannah said...

sedia menerima perubahan

Post a Comment