Sambutan Tahun Baru Sudah Tertoreh

Semalam saya menonton siaran berita tv3, kepelbagaian isu dipaparkan. Saya maklum ngerti sidang pemberita sedang menyatakan sesuatu kepada umum. Ada beberapa berita meraih focus saya. Saya sudah ramal perkara seperti itu akan berlaku, tidak akan serik melainkan adanya anjakan pemikiran, adanya keinsafan di lubuk seketul daging bernama hati , kesedaran dalaman dan memahami gagasan tauhid ALLAH sehingga tertampal lekat di hati supaya dapat diterjemah melalui perbuatan yang mulia.
Saya mengintai khabar dari luar tentang bagaimana sambutan tahun baru ini, terdapat banyak kes yang melibatkan masalah maksiat yang sekiranya tidak dibendung amat, lambat2 akan menjadi kudis bernanah kepada umat islam keseluruhannya. Pada yang sayang pada agama Rasulullah, maka teruskan membanteras gejala yang menjadi racun pembunuh dalam diri remaja muslim. Saya bercakap atas dasar kasih memaklumi islam itu agama yang prihatin kepada penganutnya. Banyak kes cekupan asmaradana melibatkan remaja. Apa itu ke sebenarnnya sambutan yang di galakkan? Perempuan dan Lelaki bercampuran menjadi adunan semangkuk? apakah itu gaulan dari barangan halal? Saya ulang sekali lagi, atas dasar kasih saya menyimpul kata sebagai ingat2 sama kita. Kasih pada Islam dan Penganut2nya. Dan hari ini masih berlaku...apa seorang wanita berstatus nenek plak yang terjebak sama? Bersama pasangannya yang berumur 16 tahun? satu palitan yang pahit dan memalukan. Ini baru kes yang sempat muat dalam akhbar, yang berbalun2 kes diluar sana lagi, hanya Allah yang tahu.

Ya Allah, Hamba memohon perlindungan dariMU,lindungilah diriku yang fakir ini dari sebarang jalan kemurkaanMU, lindungilah keluargaku dari nyalaan marak api nerakaMU, lindungilah orang2 yang beriman selagi mana mereka melaksanakan perintahMU, menjaga HakMU, mencegah keburukan dan menyuruh berbuat baik. Ya Allah....

Comments

Popular posts from this blog

~aku rebah bangun sendiri~

semalam punya rasa

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran dan As-sunnah